Search

[Resepi Creampuff Meleleh]

Saya ni jara...

  • Share this:

[Resepi Creampuff Meleleh]

Saya ni jarang buat creampuff selalu buat brownie bites je..tp suka makan die, klu nk mkn selalu sy order je kt homebaker. Tapi kecewanya masa teringin tu nk order dah sold out katanya.. Last2 nk mkan punya pasal masuk dapur buat sendiri aje la nmpk nya..😂😂

Ada yg nk buat makan kt umah jugak or nk buat berniaga, meh sy share resepi di sini ya..

Resepi creampuff (dapat lebih kurang 20 biji)

BAHAN-BAHAN:
250ml air
100g mentega
125g tepung gandum
3 biji telur gred B (kalau telur gred A guna 2 biji)
1 sudu kecil gula
Secubit garam

CARA-CARA:
1. Didihkan air dan mentega di dalam periuk sehingga mentega cair.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga menjadi adunan likat.
3. Biarkan adunan sejuk seketika dalam 10-15 minit sebelum masukkan telur.
4. Masukkan telur satu per satu ke dalam adunan dan kacau gunakan mixer pada kelajuan tinggi untuk dapatkan creampuff yg berongga di dalam.
5. Setelah adunan dah siap dipukul hingga sebati, masukkan ke dalam piping bag yg diletakkan nozzle bintang utk dapatkan efek corak.
6. Sapu kan loyang guna mentega atau dilapik baking paper.
7. Paipkan adunan satu persatu secara berjarak kerana creampuff akan mengembang.
8. Bakar selama 170c selama lebih kurang 30 minit. (ini penting sebab kita nak dia slow cook pada suhu rendah tp guna masa lama supaya dalam creampuff pun masak, kalau oven terlampau panas takut luar je garing tapi dalam xmasak nnt creampuff akan mendap dan xkembung).
9. Keluarkan creampuff dan biarkan sejuk sebelum digunting dan dipaipkan cream filling ke dalam nya.
10. Akhir sekali boleh tabur gula aising dan siap.

Filling creamy vanilla:
1 cawan whipping cream
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
1. Sejukkan dulu bekas yg hendak digunakan utk pukul krim di dalam peti ais. Whipping cream pun perlu disimpan di dalam peti ais.
2. Keluarkan bekas dari peti ais dan masukkan whipping cream, gula dan vanilla bersama dan pukul gunakan mixer pada kelajuan tinggi hingga memekat. (tips: nak bagi krim ni kembang dan pekat kena pastikan semua sejuk kalau tidak, pukul mcm mne pun krim akan jadi cair je.)
3. Simpan dulu filling ni di dalam peti ais sebelum digunakan.

Boleh juga tengok step2 yg ditunjukkan pada setiap gambar.

Harap bermanfaat, boleh share 😊

Kredit Resepi : hurun 'lin abdul malek


Tags:

About author
not provided
Pelbagai resipi & kata-kata mutiara yg disajikan didalam page Resipi Sheila Rusly. Fully monitored b
View all posts